Bajet 2023 | Peruntukan pembangunan RM95 bilion untuk manfaat rakyat, PKS

2022-10-13 0

Peruntukan pembangunan sebanyak RM95 bilion dalam Bajet 2023 bukan semata-mata untuk “kontraktor atau golongan kaya” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Itu tegas Kementerian Kewangan.

Sebaliknya, ia adalah untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan juga kesalinghubungan negara yang bakal memanfaatkan berjuta-juta rakyat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sistem vendor kontraktor utama serta pelbagai sektor ekonomi daripada pelbagai lapisan Keluarga Malaysia.